Pengunjung Festival Teratak Buku JT X JIWA

Pengunjung Festival Teratak Buku JT X JIWA

Assalamualaikum semua pencinta buku.

Dah lama kan, kita tak merasa pergi ke kedai buku, belek-belek buku, cium buku, lepas itu borong buku banyak-banyak?

Ya, dah 2 tahun kita tak ada pesta buku. 2 tahun juga kita tak jumpa dengan kawan-kawan buku kita.

Sempena pembukaan Teratak Buku JT yang baru, kami nak buat festival buku yang julung-julung kalinya dianjurkan secara fizikal selepas pandemik.

Kali ini, kami nak jemput anda semua hadir ke Teratak Buku kami di Seksyen 1, Bandar Baru Bangi.

Kami percaya, kedai buku adalah untuk semua.

Selain dari acara-acara khusus yang disusun, kami juga nak bagi potongan harga buku-buku sehingga lebih 300 judul sebanyak 50%. Ya betul, 50% diskaun.

Selebihnya, kami mengalu sangat-sangat anda untuk memanfaatkan teratak baru kami ini. Di sini, tak ada luka, yang ada cuma buku-buku dan kisah kita. Eh!

Baik, di bawah ini butiran festivalnya ya:

Tarikh: 27 November 2021(Sabtu) – 3 Disember 2021(Ahad) Masa: 9:00 Pagi - 5:00 Petang

04 November 2021(Sabtu) – 05 Disember 2021(Ahad) Masa: 9:00 Pagi - 6:00 Petang


Lokasi:
No.6, Jalan 1/9F,
Seksyen 1, 43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor.

Atau boleh klik di sini untuk link Google Map.

Ok di bawah ini pula poster acara yang telah disusun khas sempena Festival Teratak Buku JT.


Disebabkan kita masih lagi dalam fasa pandemik, kehadiran secara fizikal haruslah mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh MKN. Justeru, kami memohon jasa baik anda untuk mengisi borang ini sekiranya anda bercadang untuk hadir pada tarikh dan acara yang ditetapkan.

Kami akan menghubungi anda secara terus untuk memaklumkan berkenaan acara dan pengisian yang telah dianjurkan.

Boleh isi maklumat ringkas anda di bawah:

Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi


Sekiranya anda bercadang untuk menghadiri setiap hari, atau tidak mempunyai perancangan yang tetap lagi, anda boleh mengosongkan ruangan ini.